Teras Gemunggal - Info Dan Khasiatnya


Kayu Teras Gemunggal


Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui. Setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun begitu, harus di ingat apapun jua ianya datang dari Allah.


Gemunggal / Kelor Kampung :


Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. 


Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. 


Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. 


Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air. 



Gemunggal / Kelor Bukit :


Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. 


Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggal Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.



Gemunggal / Kelor Pulau :


Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. 


Umumnya, timbul jika direndam dalam air. 


Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggal akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. 


Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggal. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. 


Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggal atau Kelor ini berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya. 



Serba Sedikit Kegunaannya:


Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi di antaranya kebal senjata, asid, benteng diri, penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. 


Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.


Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.


Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki.


Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat.

Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya.


Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. 


Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.


Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.


Lekat uri (sak/tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.


Budak menangis-nangis: Terasnya di asah dan diberi minum.


Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.


Bisul: Terasnya di asah, disapu pada mata bisul. Insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat.

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.


Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.


Digigit ular, lipan atau apa jua binatang berbisa: Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.

Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dan lain-lain. 


Mengelak dari di pukau, digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin di pakai pada jari tangan.


Kemuncak kelebihan Teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.


Gemunggal: Remunggai, Kelor


Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak di sayur, berkhasiyat:


1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit
3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah
4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin
5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya
6. Sakit mata: daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam amata
7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur
8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari
9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok
10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil
11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur
12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel
13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari
14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah
15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan
16. Bengkak:
17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan
18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala
19. Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akarpepaya dilumat dicomor
20. Beri-beri: akarnya direbusdan diminum
21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali
22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur

Kelor: Gemunggal, Remunggai, Merunggai 



Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:

1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum
2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum
3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu
4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul
5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis
6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum
7. Digigit ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.


Kisah yang dipaparkan dibawah ini adalah di himpun dari pelbagai sumber untuk di ambil motivasi tuan dan puan.

Menghalang toyol mencuri duit. Sekurang-kurang terdapat 2 kes. Per1 berlaku di Pasir Mas, seseorang setelah beberapa kali kehilangan duit di rumahnya (termasuk rumah-rumah lain disekitarnya), lalu beliau meminta nasihat seorang tua berdekatan, lalu dicadangkan oleh orang tua tersebut supaya meletakan serpihan teras gemunggal ditempat simpan duit, kemudian kehilangan tidak berlaku lagi. Kes ke2 di Terengganu, seorang sahabat sewaktu pulang beraya di kampong telah meletakkan sepotong teras gemunggal (Tanah Merah) dalam dompetnya, pada waktu itu semua ahli keluarganya juga pulang berkumpul di rumah, keesokan harinya didapati setiap ahli keluarganya kehilangan duit, namun dompet miliknya tidak terusik.


Mengubat busung. Dilakukan oleh seorang perawat di Pasir Puteh. Teras gemunggal ditekan pada perut pesakit dengan kaifiat tertentu, lalu perut yang membusung jadi kempis serta merta.

Mengunci ular tanpa disedari. Seseorang telah terlangkah ular, dan ular menjadi kaku seumpama sebatang kayu keras sewaktu terlangkah tersebut, beberapa tapak kemudian baru perasan yang dilangkahnya adalah ular (TG Cerang Jeli).

Seekor ular tedung senduk telah memasuki rumah seseorang (dan memakan anak kucing), lalu diacukan tongkat teras gemunggal (Pulau Redang) padanya, ular tersebut seakan lemah, mengalah dan tidak dapat bertentang dengan tongkat teras gemunggal tersebut serta bersembunyi disebalik rak, kemudian ular tersebut disentuh dengan tongkat ular cintamani laut. Akhirnya ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas, 3 hari kemudian ular terbut mati. Gambar semasa ular dimasukkan dalam bekas sempat diambil oleh tuan punya tongkat teras gemunggal.

Seseorang di Tanah Merah pernah menceritakan mencuba sua teras gemunggal (TG Pulau Rhu…bukan pulau redang) kepada ular tedung senduk, ular tersebut mengalah dan tidak dapat bertentang dengan teras gemunggal.

Antisusuk. Seseorang yang memakai susuk tidak dapat memegang lama teras gemunggal jadi kepanasan, mula-mula panas bahagian cuping telinga dulu.

Anti kesan susuk. Seorang pesara askar yang sewaktu mudanya telah memakai susuk, tetapi selepas pencen telah membuang susuk tersebut. Suatu ketika, dia pergi mengurut dengan seorang perawat yang mana campuran herba minyak urut tersebut dari habuk teras gemunggal (TG Tanah Merah), sewaktu mengasur atau mengurut dengan minyak tersebut walaupun perlahan sahaja terasa tersangat sakit dan tidak tertahan olehnya. Lalu dia menceritakan perihal susuk yang telah dibuang oelhnya kepada tukang urut tadi. Tukang urut berada di Tanah Merah.

Anti kesan santau dalam tubuh. Seorang pesakit yang masih ada kesan-kesan lama santau telah meminum air rendaman teras gemunggal (TG Tanah Merah) lalu dengan tiba-tiba ia menjadi bersin dan berhingus berhari-hari. Habuk teras gemunggal juga member reaksi kepada seseorang yang ada kesan santau dalam tubuhnya.

Seseorang yang menderita penyakit misteri selama dalam 30 tahun, badannya menjadi kurus. Pada masa awalnya beliau tidak percaya tentang penyakit akibat dari ilmu sihir dan seumpamanya, akhirnya beliau baru berubat dengan beberapa perawat, tetapi tidak bersungguh dan berterusan. Suatu ketika seseorang mencadangkan supaya meminum air rendaman teras gemunggal (TG Tanah Merah) dan supaya dibuat sendiri oleh si pesakit, setelah minum berlaku tindakbalas iaitu ia terus berasa pening berpusing, oleh kerana kesan tindakbalas secara kuat dan mengejut maka beliau tidak meneruskan ikhtiar tersebut.

Seseorang bukan warganegara Malaysia yang telah melakukan jenayah telah ditangkap oleh pihak berkuasa, semasa dalam tahanan dia masih berkeras dan macam tiada apa-apa kesan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, lalu seorang anggota menggugut mahu memukul dengan batang/dahan pokok gemunggal (bukan teras), lalu dia terus mengalah dan member kerjasama.

Seseorang di Bachok yang semasa mudanya agak gedebe pendiam (memakai cincin dari teras gemunggal), telah mencabar seorang yang paling samseng yang masyhur di kampungnya. Mereka bertarung dengan tongkat kayu. Sebelum bertarung mereka memberi amaran kepada orang kampung supaya jangan masuk campur. Lalu mereka bertarung berjam-jam lamanya, kedua-duanya saling kena pukul dengan tongkat masing-masing. Akhirnya kedua-dua tidak larat lagi untuk bangun, akhirnya terpaksa juga dipapah oleh orang kampung. Si pencabar tadi yang memakai teras gemunggal tidak pecah berdarah kulitnya, manakala kulit samseng yang dicabarnya pecah berdarah yang agak teruk.

Seseorang penghidap penyakit misteri, yang telah banyak berikhtiar merawat penyakit tersebut tetapi belum sembuh, telah dicadangkan memakai gelang campuran teras gemunggal dll kayu/teras oleh seorang yang mahir, dengan izin Allah dia sembuh dari penyakit tersebut (Tanah Merah, Pulau Redang).

Seorang dekat Tanah Merah yang telah sakit lutut lama, telah memakai cincin perak permatanya teras gemunggal, lalu keesokkan harinya lututnya tidak lagi sakit (TG Tanah Merah).

Seseorang perempuan telah kena hysteria disebuah premis di KL. Terdapat 2 orang sahabat, seorang memiliki cincin permata batu warisan dari datuknya dan hendak mencuba mengubat dengan cincin tersebut, tiada apa-apa kesan. Seorang lagi memakai cincin perak permata teras gemunggal (Tanah Merah), dengan penuh yakin dan tawakal lalu berkata “kalau kau mampu kau tengok cincin ini…” dengan izin Allah perempuan tersebut meraung ketakutan apabila melihat cincin itu dihalakan kepadanya.

Seseorang dari Patani, memiliki teras gemunggal yang warnanya agak merah gelap, beruk garang menjadi ketakutan apabila beliau melalui berdekatan beruk tersebut.

Seseorang baru berpindah masuk ke rumah barunya, terdapat pelbagai gangguan seperti bunyi orang berjalan dan berlari diatas siling rumah, bunyi benda jatuh dalam siling dll, sehingga ada ketikanya sampai dia berkata “jangan berlari kuat-kuat sangat, nanti runtuh siling aku…J”. Suatu hari beliau mendapat ketulan teras gemunggal (Pulau Redang) dan menyimpan didalam rumah, dengan izin Allah semenjak dari itu tiada lagi gangguan diatas silingnya. Beliau tinggal di Tanah Merah.

Seseorang yang baru berpindah ke rumah sewa baru, terdapat gangguan seperti sekali sekala penampakan dan anak kecil menangis, serta ketidaktenteraman perasaan, antaranya si penyewa pernah melihat sekilas pandang ‘sosok seperti isterinya’ memasuki bilik sebelah kirinya sedangkan pada masa itu isterinya berada disebelah kanan. Salah satu ikhtiarnya ialah meletakkan teras-teras gemunggal (dari pelbagai tempat) di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya, lama-kelamaan nampak kesan semakin pulih dan selepas 3-4 bulan hilang gangguan tersebut. Kes ini tidak diikhtiar dengan renjisan air jampi atau beras kunyit. Kes di Pulau Pinang.

Seseorang pernah disengat oleh ikan keli, lalu dia menampal habuk teras gemunggal (Tanah Merah) pada tempat sengat tersebut, kesannya jadi sangat kurang sakit dan tidak berdenyut kuat, serta tidak bengkak. Berlaku dekat Bukit Panau Tanah Merah.

Terdapat kisah, si pencuri yang menggunakan ilmu pukau untuk memasuki rumah orang tidak berjaya. Kes di Terengganu.

Semoga sebahagian paparan tentang khasiat kelebihan teras gemunggal diatas ada manfaatnya. Setiap kes ada penerangannya. Allahu alam. 



Teras Gemunggal Merupakan Teras Kayu Ber“Energi” Dan Ber“Aura”


Teras Gemunggal Adalah Terdiri Dari Sejenis Kayu Yang Secara Kudrati Mengandungi 'Daya Kekuatan Energi" Atau Potensi Supernatural Dan Bukan Hasil Dari Pengisian Oleh Manusia Semata-Mata. Ia Adalah Ciptaan Allah SWT Sepenuhnya.


Teras Gemunggal Merupakan Salah Satu Daripada Jenis Teras Terpilih Yang Amat Masyhur Dengan Keberhajatan Masyarakat Nusantara Terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal Juga Di Kenali Sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) Dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, Terdapat 3 Jenis Teras Gemunggal Berdasarkan Asal Tempat Pokok Gemunggal Di Tanam Atau Dijumpai, Iaitu Gemunggal Kampung, Gemunggal Bukit & Gemunggal Pulau.


Fungsi/Kegunaan/Kelebihan


Teras Gemunggal Boleh Disimpan Di Dalam Rumah Sebagai Pendinding Daripada Dimasuki Pencuri, Perompak, Penyamun Atau Sesiapa Sahaja Bertujuan Datang Ke Rumah Dengan Niat Jahat;


Kehebatan Teras Gemunggal Ini Dikatakan Menjadi Rebutan Para Datin-Datin Yang Bimbang Suami Akan Bermain Kayu Tiga. Ianya Didakwa Selain Boleh Menghalang Ilmu Hitam Atau Sihir Terkena Pada Kita, Malah Ianya Dapat Menambahkan Kasih Sayang Suami Terhadap Isteri;


Kehebatan Kayu Gemunggal Ini Bukan Sahaja Menjadi Buruan Kaum Lelaki Tetapi Kaum Wanita Pun Turut Mencarinya. Ini Disebabkan Oleh Kelebihan Semulajadi Kayu Tersebut Yang Dapat Membantu Wanita Bagi Melembutkan Hati Lelaki. Khasiat Kayu Gemunggal Ini Baik Untuk Anak Dara Dan Yang Belum Kahwin;


Bagi Kalangan Isteri Pula, Ianya Amat Berguna Sekali Bagi Menyejukkan Hati Suami. Lebih-Lebih Lagi Sekiranya Anda Merupakan Isteri Kedua, Ketiga, Keempat;


Teras Gemunggal Itu Apabila Dipakai Pada Tubuh Badan Seseorang Mampu Menjadi Kebal Dalam Sekelip Mata Dan Boleh Mengelak Daripada Dikesan Pihak Musuh (Sesuai Untuk Polis, Tentera, Pengawal Keselamatan Dan Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan);


Teras Gemunggal Sekiranya Dipakai Ketika Orang Hendak Menyusahkan Kita, Insya Allah Mereka Tidak Akan Terdaya;


Teras Gemunggal Sememangnya Telah Menjadi Rebutan Kalangan Pengamal Perubatan, Bomoh-Bomoh Serta Guru Silat,Ahli Korporat Dll Sejak Dahulu Lagi Disebabkan Ianya Memiliki Berbagai-Bagai Keistimewaan Tersendiri;


Diguna Oleh Ramai Kalangan VIP Terutama Dato-Dato Yang Mementingkan Keselamatan Diri.Ini Kerana Kayu Gemunggal Yang Dibuat Dalam Bentuk Permata Cincin Mempunyai Ciri-Ciri Semulajadi Kekebalan Bagi Sesiapa Yang Memakainya;


Menawarkan Racun Dalam Makanan: Sebelum Makan Atau Minum, Lalukan Terasnya Ke Atas Makanan Atau Minuman;


Menjauhkan Dari Terkena Hikmat Sihir Terasnya Dipakai Menjadi Permata Cincin Yang Bersentuh Dengan Kulit;


Menjauhkan Rumah Dari Gangguan Hantu Yang Membawa Penyakit, Dan Sihir: Dengan Menanamkan Pokok Ini Di Empat Penjuru Rumah;


Menakutkan Ular-Ular Dan Binatang-Binatang Bisa Dengan Memakai Terasnya Sebagai Cincin;


Mengeluarkan Raksa Daripada Tubuh Bila Memakai Terasnya;


Khasiat Lain Teras Gemunggal Ialah Mengaktifkan Ketajaman Gerak Hati (Indera Ke-Enam), Kewibawaan Dll;


Kemuncak Kelebihan Teras Gemunggal Ini Ialah Sipemakainya Akan Dikurniakan Ketahanan Kulit Dari Ancaman Asid Dan Perkara Yang Sewaktu Dengannya;


Khasiat Yang Terbaik :


Kebal Kulit;
Kebal Asid;
Kebal Luka;
Penawar Racun;
Penawar Bisa;
Penggerun Bintang Buas & Berbisa;
Anti-Sihir & Ilmu-Hitam;
Penolak Santau;
Keperkasaan Badan;

Semuanya Dengan Izin Allah.

















  BERMINAT?  

SILA CALL @ SMS


  013-413-8542  


  0111-898-2769